Saturday 31 August 2013

Bermulanya Sebuah Kisah (episod 1)

Saat melangkah ke alam remaja.. aku tak menyangka yang semua ini akan menimpa aku, yang aku pasti langit tak selalu cerah mendung pun kadang berubah. Permulaannya semua seronok, saat aku melangkah ke sekolah menengah dulu, terasa janggal kerana dahulunya aku dari aliran lain. Teman aku semuanya Cina, al-maklumlah aku ni dulu sekolah rendah Cina. Tapi tak mengubah apa-apa pun. Aku tetap baik dengan budak-budak melayu sekitar kawasan taman aku. Jadi itu tak menjadi isu yang aku ni tak bergaul dengan bangsa sendiri.

Tetapi sebagai seorang anak remaja yang baru nak kenal dunia - (ni time baru-baru nak up ni), aku tak lepas dari perasaan ingin suka akan seorang gadis, yelah dulunya semua amoi je yang ada kat sekeliling aku, manalah aku nak merasa semua ni. Tapi yang menariknye, aku dulu seorang pengecut yang tak berani nak luahkan apa yang aku rasa, aku lebih rela diam dan tengok je. Lantas buat aku teringat kata-kata kawan aku.

"Akim.. Ko nak tunggu apa lagi..?? Kang kau jugak yang melepas.."

Tapi memang melepas pun, last-last member aku jugak yang kebas, mungkin aku ni memang dianugerahkan sifat sabar yang tinggi (acah-acah je ni), tapi itulah aku yang dulu, mudah mengalah dan cepat putus asa. Aku tak tahu mana silap aku hinggakan aku susah untuk mendapatkan apa yang aku mahukan. Kalau duit, barang, apa sajalah yang aku nak. Tak pernah aku tak dapat, itu pun sebab ayah aku yang bagi. Tapi masalah sekarang hanyalah gadis... ya memang betul kerana gadis lah yang merupakan permulaan dari kisah aku ini... Tapi buat masa ni biarlah aku berhenti sampai sini dulu.. Jangan risau sebab banyak lagi yang aku nak kongsikan dalam ni.. tak pe tunggu je.. sebab bila aku bosan.. Aku akan cuba cari idea untuk aku menulis lagi kisah silam aku yang membuatkan aku rasa nak ada blog ni.. 

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment