Wednesday 18 September 2013

Hanya Sebuah Pandangan...


Assalamualaikum..
Hari ini baru ada kelapangan untuk aku update blog ni.. selalu sibuk dengan kerja yang berlambak.. tak sempat aku nak menulis dan menceritakan apa yang aku rasa.. Baiklah aku rasa aku memulakan topik dengan gambar yang di atas ini.. Kadang kala.. satu perhubungan itu kita tidak menyangka yang ianya akan berubah kepada satu rasa yang tak diduga.. Permulaannya hanya lah biasa.. tetapi kita ini manusia biasa.. tidak tahu apa yang bakal jadi pada masa akan datang.. Mengenali dia membuatkan aku tersedar akan satu perkara.. Yang sebelum ini banyak kali aku terleka dan sering melakukan kesilapan.. 

Tetapi betul lah kata orang, kesilapan itu mematangkan kita.. Rasa cinta itu tidak dapat disangkal.. terjatuh, tergolek, tersungkur.. tetapi kita perlu sedar.. Mahukan sesuatu yang terbaik kita perlu tawakkal dan berserah.. dengan doa kita meminta dan berserah moga Allah menyediakan yang terbaik untuk kita.. Seandainya telah tertulis di atas sana bahawa dia adalah jodoh kita.. maka sejauh mana kita pergi.. mahupun terpisah kutub utara dan selatan.. kalau sudah ditakdirkan bersama.. jawapnya akan bersama juga... 

Dia telah mengajar aku pelbagai erti dan memberikan kenangan kepada aku yang selamanya terpahat dalam ingatan aku.. dan aku dapat rasakan dengan keadaan sekarang aku lebih selesa berbanding dulu.. mungkin aku buta sebelum ini.. tapi semua yang terjadi.. aku percaya ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini.. Seperti ayat pada gambar diatas.. Menyintai seseorang tidak semestinya perlu menjadi pasangan kekasih.. kadang-kadang kita hanya perlu menjadi sahabat.. Percaya tak yang bersahabat itu lebih jujur daripada bercinta.. tiada yang berpura-pura dan dengan bersahabat kita menjadi siapa diri kita...

Terngiang-ngiang ayat yang dikatakan masa itu.. "Biarlah masa yang menentukan segalanya.." Ya aku setuju.. dan perjalanan itu masih jauh.. untuk mengejar cita dan cinta.. dan sekiranya semua itu telah termaktub sejak azali yang dia adalah jodoh aku.. maka suatu hari nanti bersatu juga.. Aminnn.. 

Dan satu lagu yang dia telah tujukan kepada aku dan menjawab pertanyaan yang aku berikan kepada dia telah membuatkan aku tersenyum mendengarnya.. dan satu perkara lagi yang aku sedar.. bukan aku je yang boleh tuju lagu.. dia pon boleh jugak.. hahaha.. :D


SAHABAT by Najwa Latiff 

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangis dan juga ketawa

Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila ku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemani ku
Mendengar kisah pahit manis hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi
SAHABAT KU...

Kau ada dikala ku jatuh
Disetiap bangunku
Terus menemani ku tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Dikala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya....

Terdiam dan tersentap sekejap bila dengar jawapan tu.. biarlah kenangan itu terus bersemadi disini.. aku menulis dan berfikir selalu.. apakah yang akan terjadi akan datang.. dan aku percaya yang Allah adalah perancang terbaik dan apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita.. Dan jangan lupa.. Setiap manusia boleh merubah nasib mereka dengan usaha.. Yang miskin tidak mustahil boleh kaya.. Rezeki masing-masing.. Dan seperti yang telah kita tahu.. Hanya kepada Allah kita bersujud dan kepada dialah kita meminta.. Peace No War.. :-)





No comments:

Post a Comment