Sunday 1 September 2013

Bermulanya Sebuah Kisah (Episod 2)

Sambungan dari episode lepas....

Saat klimax aku ketika di pengakhiran alam sekolah menengah, ketika itu aku sudah pandai untuk bergaya dan mengikuti fesyen-fesyen terkini pada zaman itu, ketika itu aku ingat lagi, zaman tengah hot budak-budak ikut style macam dalam cerita aksi Jepun "Crows Zero". Masa itu masing-masing nak ikut style watak-watak utama dalam cerita itu. Tapi aku tetap dengan cara aku, berbekalkan hair gel jenama Brylcream, aku lebih selesa dengan style rambut pacak yang kalau cicak jatuh pon boleh mati. Ceritanya bermula disini, masa aku di tahun akhir dulu, aku ni seorang yang kerap pergi ke pusat sumber sekolah untuk lepak-lepak masa rehat. Tapi tujuan aku bukannya untuk baca buku pon, saja nak cuci mata tengok adik-adik yang baru masuk sekolah menengah, tapi permulaannya aku terpikat pada seorang gadis ini, lama dah aku usha dia setiap kali kat pusat sumber itu.

"Hye awak.. Nama siapa..?? Rajin nya baca buku time-time rehat ni.." kini aku punya keyakinan dalam diri untuk memulakan perbualan dengan dia. "Emm.. Nama saya Iela.. saja je buat revision rehat-rehat ni.." Aku tersenyum sendiri, nampak gaya respond yang diberi baik. Next step will begin.....

Sebulan kemudian, kami semakin rapat dan saling berkirim salam (yang ni aku nak tergelak kalau ingat-ingat balik), tup tup je aku dapat surat (wahhh dulu main surat lagi tau.. old school gitu), dia ajak aku kapel dan aku dengan rela hatinya pun terimalah hajat yang dia minta itu. Tapi sayang nya, aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, setelah 3 bulan semuanya berubah, aku rasa macam kena sumpah pon ada, kami pun buat hal masing-masing dan terdendanglah lagu "Meraung" nyanyian New Boys sebagai background muzik untuk kepatahan hati aku itu. Tapi betullah bak kata pepatah, 'Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti' Walaupun berganti namun aku tetap rasakan yang aku bagai disumpah untuk tidak dapat memiliki apa yang aku mahu jika yang aku mahu itu adalah wanita, mungkin itu bukan yang terbaik buat aku dan mungkin juga itu terlalu awal untuk aku. Jarang sekali Cinta Monyet menjadi dan berakhir dengan hubungan yang sah, kalau betul itu jodoh mungkinlah.

Tapi aku masih tidak berputus asa, kini aku melangkah keluar dari alam persekolahan yang dulunya aku rasa amat membebankan, setiap hari Isnin adalah hari yang paling tidak aku gemar kerana kena berdiri lama di tengah dataran perhimpunan. Kini aku melangkah ke alam pekerjaan sementara aku menunggu keputusan SPM yang bakal menentukan ke mana arah aku dimasa akan datang. 

Sebenarnya cerita aku ini belum lagi di kemuncaknya, sikit je lagi, kisah di zaman pekerjaan itu tidak la seberapa menarik untuk aku kongsikan, tapi mungkin akan aku coretkan sedikit dalam episod yang akan datang, buat masa ini aku rasa cukup lah sampai disini saja aku meleweh, aku rasa macam hambar je cerita kali ini, mungkin idea itu masih belum cair lagi untuk aku perah dan keluarkan semua idea-idea tu, tak pe mungkin akan datang aku akan kembali dengan idea yang lebih segar, kalau umur panjang aku akan sambung sedikit sebanyak cerita tentang aku... Peace No War... Enjoy your life as a teenagers..

To Be Continue... (ehhhh.. bahasa omputeh pulok) ^_^ v

No comments:

Post a Comment