Saturday 31 August 2013

Terciptanya Lagu Itu...

p/s:- "Nurkilan ini hanyalah hiburan dimasa aku sedang bosan, dengan hanya cara ini dapat aku lupakan sebentar segala masalah dan tekanan, kerana ini merupakan minat aku, kalau ada apa-apa kekurangan mohon dimaafkan, kerana aku baru lagi berjinak-jinak dalam dunia penulisan ini.. Peace No War Brader..!! Enjoy it.."  :) By- Akyms The Libra's 36 (:



"Hoi..!! Kau buat ape ni duduk sorang-sorang peluk gitar..??" 

Satu teguran yang memotong lamunan aku sebentar tadi. Sedang aku seronok duduk sendirian ditemani gitar biru yang ku beri nama Blue-G.

"Ehh kau bang... potong stim la kau bang... aku tengah syok mengelamun ni.." balas aku dengan nada selamber.

"Kau pergi makan tak..?? Dah pukul 9.00 malam ni.. perut aku dah berkonsert dah ni.. Jom la pergi sekali.." Rupanya Abang yang datang mengajak aku keluar makan bersama dengannya. Kalau nak diikutkan memang ada juga rasa lapar perut aku ini, tetapi bagai ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tidak lapar malam itu.

"Emmm... tak apa la bang.. aku tak lapar la malam ni.. aku duduk bilik je lah..", "Kau konfirm ni tak lapar...??" Abang bertanyakan soalan cepumas kepada aku untuk dapatkan kepastian. "Yup.. kau pergi je lah.. aku nak rilek je malam ni.." dengan nada bersahaja aku membalas pertanyaan Abang tadi. Setelah semua bersiap, lantas mereka pun keluar pergi ke kedai makan yang berhampiran dengan rumah sewa kami. Aku kembali mengelamun sambil bertemankan bunyi cengkerik yang seiringan dengan petikan gitar yang aku hasilkan. Entah kenapa malam itu aku merasakan suatu perasaan yang aneh melingkar disetiap benak hati aku. 

"Kriukkkk... Kriukkkk..." 

Lamunan aku terhenti lagi, "Ahhh... Sial lah..!! Lapar pula perut ni.. menyesal pula tak ikut diorang tadi.." Aku mengeluh sendirian, tapi rasa lapar itu aku biarkan dan terus aku memegang kembali Blue-G yang setia menemani aku dikala waktu aku sepi. 

Tiba-tiba bayangan wajahnya muncul disebalik fikiran aku, "Kenapalah kau senyap je.. Mana kau pergi agaknya.. Lama aku tak mesej dengan kau.. rindu pula rasa hati ni.. hmmmm..." 

Patutlah aku tak rasa lapar, rupanya rasa rindu aku pada dia lagi kuat sampai aku lupa yang perut aku belum berisi nasi lagi malam ni. Dialah seorang gadis yang sudah lama aku suka, tapi mungkin aku masih belum berani menyatakan apa yang aku rasa itu. Sikap aku yang pengecut masih ada walaupun sudah bertahun berlalu. Aku buntu idea dengan cara apa lagi yang aku mampu lakukan untuk membuat dia paham akan apa yang aku fikirkan dan apa yang aku rasakan. Malam semakin dingin, dan aku terus menerus teringatkan wajah dan senyuman yang terukir diwajahnya. Tanpa aku sedar, tiba-tiba jari ini memetik satu persatu kord gitar sambil aku menyebut-nyebut apa yang aku rasakan dalam hati.

"Kekasih ku senyum mu mekar mewangi.." kemudiannya aku tersentak, lantas seperti halilintar satu idea menyambar benak fikiran aku. "Ehh.. aku rasa boleh buat lagu ni.. kebetulan tengah takde orang dekat rumah.. Nice.. Nice..!!"

Buku nota kecil dialmari aku capai, dan kemudian aku duduk memerah otak memikirkan idea untuk menghasilkan lirik yang belum pernah aku cuba sebelum ini. Tiba-tiba sekali lagi wajahnya terbayang difikiran aku, "Agak dah kenapa dengan aku ni..?? Kenapa aku tak boleh berhenti fikirkan dia..??" 

Setengah jam sudah berlalu, hampir separuh lirik telah aku siapkan, dengan secawan milo panas diatas meja, aku menghirup sedikit demi sedikit. Semakin lama semakin kuat ingatan aku kepadanya.. senyumnya.. wajahnya... suaranya... semua seakan-akan membuatkan aku semakin hanyut dalam angan aku sendiri.

"Yes..!!!! Akhirnya siap juga lagu ni.. Yearrgghhh..!!" Aku menjerit seperti baru menang loteri. Lirik itu aku hasilkan dengan penuh rapi serta dengan maksud yang sudah lama aku pendamkan, apa yang aku rasakan selama ini, aku curahkan ke dalam setiap lirik tersebut, berserta tajuk sekali aku persembahkan.


Ku Ingin Kau Mengerti

Kekasihku senyum mu mekar mewangi
Menyempurnakan kekosongan hati
Siang malam ku terbayang indah wajah mu
Memintal kasih menenangkan hati

Hari-hari yang telah berlalu
Mengikat hatiku kepada mu
Jangan kau pergi berjauhan dariku
Kerana aku ingin bersamamu

**chorus**
Kekasih hatiku harap engkau mengerti
Apa yang tersirat dihatiku ini
Ku ingin engkau berada disisiku
Menemaniku dikala sepi

Kerana hanya engkau dihati ini
Sejak pertemuan pertama kali
Ku ingin kau mengerti
Hanya namamu terpahat dihati

Duhai kekasih terimalah cintaku
Ku menyintai mu setulus hati
Harapan untuk ku memilikimu
Menjadi kekasih ku yang abadi



Lalu terciptalah sebuah lagu yang aku tujukan kepada dia, setelah lama aku tunggu, setelah lama aku menanti, tanpa aku sedari malam yang sepi itu mempunyai seribu satu maksud  yang tersendiri, semua itu ditakdirkan untuk aku menghasilkan sebuah lagu, dan lagu itu hanyalah untuk kau. Mungkin apa yang terjadi itu adalah ketentuan, dan apa yang aku harapkan semua yang aku lakukan kepadanya dihargai dan apa yang aku rasakan dan pendam diabadikan dalam sebuah lirik indah yang aku ciptakan khas untuk dirinya.....

No comments:

Post a Comment