Sunday 22 September 2013

Tiada Yang Lain...


Setiap perkara yang berlaku pasti meninggalkan seribu memori kepada kita... kadang kala perkara itu sekecil kuman tetapi boleh mendatangkan kesan yang mendalam pada hati... Satu perkenalan yang amat bermakna dan mampu untuk memberi memori indah seumur hidup.. Aku percaya yang perkenalan itu sudah ditentukan.. Aku berjumpa dengan dia.. dan secara tidak sengaja aku jatu hati padanya.. Semua itu telah ditulis dan merupakan takdir pertemuan yang Allah telah rancang.. 

Sesungguhnya masa mencemburui aku....

Tik tok... tik tok... Masa itu berjalan dan terus berjalan.. entah kenapa.. semakin hari itu.. membuatkan aku merasakan mengapa masa seakan bergerak laju..?? Semakin lama semakin menghampiri saat masing-masing membawa haluan sendiri.. aku takut.. aku gementar menghadapi saat itu.. Adakah peluang untuk aku bersama lagi..?? Tapi Allah mengajar kita supaya bertawakal dan bersabar.. Kerana dia sentiasa ada untuk mendengar setiap yang hambanya mohon.. Kepada Allah kita bersujud... dan kepadanya kita meminta pertolongan.. walaupun kita tak dekat.. tapi hati aku tetap sentiasa untuk kau.. Itu janji dan aku pegang janji tu... Kalau ditakdirkan ada jodoh.. Kau dan aku bersama jugak.. tak kira apa pon dugaan yang datang.. Sebab Allah itu maha merancang semua perkara...


Blue-G salah satu gitar yang aku petik dan mainkan lagu untuknya...

Percaya atau tidak.. aku tidak sangka yang aku mampu menghasilkan satu lagu.. Lagu dimana terhasil ketika aku merindukan dirinya... aku sendiri tidak menyangka yang aku mampu menghasilkan sebuah lagu.. wauu... dan aku teringat satu lagu yang aku rasakan kelainan pada liriknya yang membuatkan aku terasa kesedihan hati aku kerana dia.. dan lagu itu telah dia nyanyikan untuk aku dimalam itu semasa kami duduk bersama meluangkan masa.. Dan ketika itu tanpa sedasr mata aku berkaca.. bukan berkaca mata tapi hampir aku menitiskan air mata... Memang sebelum ini aku mengaku yang banyak kali jugaklah airmata ni jatuh sebab kau.. tapi bila depan-depan tu kena lah kaber sikit.. hahaha.. dan ini lah lagu yang telah dinyanyikan kepada aku pada malam itu saat kami meluangkan masa bersama selepas makan.. memang saja je time tu dia nak try aku.. nak tengok aku sedih ke tak.. KAU GILER TAK SEDIH... nah ni lagu nya...

Nyanyian Rindu Buat Kekasih

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Engkaulah permata yang bersinar
dikala ku kesepian

Tiada yang lain yang ku mahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang ku puja
Hanyalah dirimu

Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu
Setulus hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku

Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Ku nyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Kubaca puisi syahdu
Puisi kita

Ku ingin kau disampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta
yang dibina

Ohh kekasih... Dengarkan lahh..
Bila aku tersiksa
Kaulah penawarnya
Bila engkau terluka
Akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati
Jatuh Cinta....

Entah mengapa aku rasakan yang lagu ini sungguh istimewa buat aku dan dia.. selama aku kenal dirinya..tidak pernah aku merasakan perasaan seperti sekarang dimana semakin hampirnya waktu membawa haluan masing-masing.. Apa pun yang terjadi aku akan sentiasa meminta.. Allah maha memberi.. Dan aku percaya dan berserah kepadaNya.. Mudah-mudahan apa yang hati aku pilih itulah yang terbaik.. Tiada yang sempurna dan aku menerima segala kekurangan kau.. kerana hati aku telah nyata memilih kau... Wah jiwang pulak ayat aku ni.. tapi memang betul lah kita hanya manusia biasa.. hati kita.. kita saja yang rasa... dan inilah apa yang aku rasa.. Mudah-mudahan.. Aminn...

Dan aku rasa sampai disini dululah celoteh aku ni.. dan memang ape yang aku tulis ni untuk kau.. khusyuk aku tulis sampai berpintal-pintal jari... tapi aku dah tau mesti kau cakap aku GELABAH AYAM / ITIK / BIAWAK (kau pilih lah sendiri)

Sampai disini sajalah aku rasa untuk kali ini... Lain kali kalau ilham itu datang aku tulis lagi.. Peace No War... ^_^

No comments:

Post a Comment